in , , , ,

Ini Keperluan Spesifikasi PC Untuk Hogwarts Legacy, Sokongan Steam Deck Turut Hadir Pada Hari Pelancaran

Kepada korang yang nak bermain Hogwarts Legacy di PC, Avalanche Software telah mendedahkan keperluan spesifikasi untuk platform tersebut.

Berikut adalah spesifikasi PC untuk minimum, dicadangkan, ultra, dan ultra 4K:

Minimum:

  • OS: 64-bit Windows 10
  • CPU: Intel Core i5 6600 (3.3 GHz) atau AMD Ryzen 5 1400
  • RAM: 16GB
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 960 GB atau AMD Radeon RX 470 4GB
  • Versi DirectX: DX 12
  • Storan: 85 GB HDD
  • Nota: SSD (diutamakan), HDD (menyokong), 720p/30fps, tetapan kualiti rendah.

Dicadangkan:

  • OS: 64-bit Windows 10
  • CPU: Intel Core i7 8700 (3.2 GHz) atau AMD Ryzen 5 3600
  • RAM: 16GB
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti atau AMD Radeon RX 5700 4
  • Versi DirectX: DX 12
  • Storan: 85 GB HDD
  • Nota: SSD, 1080/60FPS, tetapan kualiti tinggi.

Ultra:

  • OS: 64-bit Windows 10
  • CPU: Intel Core i7 10700K (3.80 GHz) atau AMD Ryzen 5 5800
  • RAM: 32GB
  • GPU: NVIDIA GeForce RTX 2080Ti atau AMD Radeon RX 6800
  • Versi DirectX: DX 12
  • Storan: 85 GB HDD
  • Nota: SSD, 1440/60FPS, tetapan kualiti ultra.

Ultra 4K:

  • OS: 64-bit Windows 10
  • CPU: Intel Core i7 10700K (3.80 GHz) atau AMD Ryzen 5 5800
  • RAM: 32GB
  • GPU: NVIDIA GeForce RTX 3090Ti atau AMD Radeon RX 7900
  • Versi DirectX: DX 12
  • Storan: 85 GB HDD
  • Nota: SSD, 2160/60FPS, tetapan kualiti ultra.

Bagi korang yang tertanya-tanya adakah Hogwarts Legacy boleh dimainkan di Steam Deck atau tidak? Pengguna Twitter @DavidMKelly717 telah bertanya kepada WB Games mengenai sokongan itu.

Pihak mereka telah mengesahkan bahawa ia akan mendapat sokongan Steam Deck (verified) pada hari pelancaran.

Hogwarts Legacy akan dikeluarkan pada 10 Februari untuk platform PC, PS5, Xbox Series X/S dan Steam Deck. 4 April untuk PS4 dan Xbox One. 25 Julai untuk Nintendo Switch.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

5 Game AAA Yang Paling Kitorang Tak Sabar Untuk 2023

The Last of Us HBO Melengkapkan Lagi Kisah Dari Game Yang Sudahpun Sempurna