in ,

Ini Jadual Penuh Setiap Acara Digital Dan Livestream Yang Menggantikan Konvensyen E3 2020

Seperti yang kita semua maklum, konvensyen gaming terbesar tahunan, E3 2020 telah dibatalkan atas sebab situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

Apabila tidak dapat mempersembahkan pengumuman-pengumuman terbaharu melalui sidang media secara fizikal, semua penerbit dan pembangun game telah beralih ke arah digital untuk memperlihatkan perancangan terkini mereka melalui livestream. Dan kebanyakan acara ini akan dikumpulkan dalam satu ‘bumbung’ di bawah Summer Game Fest 2020.

Berbeza dengan E3 yang secara tipikalnya berlangsung selama seminggu, Summer Games Fest akan diadakan sepanjang empat bulan iaitu dari Mei hingga Ogos 2020.

Selain Summer Game Fest, ada juga beberapa penerbit dan pembangun lain yang tidak menyertai ‘payung’ ini, tetapi turut mengadakan acara digital masing-masing.

Ada penerbit dan pembangun yang sudah mengumumkan tarikh dan waktu mereka akan mengadakan livestream masing-masing, dan ada juga yang masih belum. Jadual di bawah akan dikemaskini setiap kali mana-mana penerbit atau pembangun mengumumkan acara mereka, maka, simpan artikel ini kemas-kemas untuk mengetahui perkembangan gaming terkini sepanjang empat bulan ini.

Jom kita tengok acara apa yang sudah diumumkan setakat ini, menggantikan acara E3 2020, berserta tarikh dan waktunya mengikut waktu Malaysia:

MEI

Inside Xbox – 7 Mei ini, 11 malam — Pelbagai gameplay dari game-game baharu untuk Xbox Series X, antaranya Assassin’s Creed Valhalla.

Sunrise #1 – 13 Mei, 12 tengah malam — Kejutan pendedahan satu game baharu.

Special Showwace Event – 13 Mei, 11 malam — Memperlihatkan sesuatu dan temuramah.

State of Play PlayStation – 15 Mei, 4 pagi — Memaparkan gameplay lanjut Ghost of Tsushima, termasuklah ekplorasi, pertarungan dan banyak lagi.

Valorant – 21 Mei, 11 malam — Riot Games akan mengumumkan beberapa kemaskini dan berita terbaharu untuk game akan datang, Valorant.

JUN

Acara Pendedahan PS55 Jun, 4 pagi (TELAH DITUNDA, BELUM ADA TARIKH BAHARU) — Memperlihatkan game-game baharu PS5 selama lebih sejam.

Acara Guerrilla Collective – 13 hingga 15 Jun — Selama 3 hari, pelbagai game-game indie baharu akan diperlihatkan melalui pengumuman dan trailer.

Future Games Show – 14 Jun, 5.30 pagi — Perkongsian lebih 30 buah dari pelbagai studio seperti Square Enix, Hi-Rez, Team17 dan banyak lagi.

Steam Game Festival – 16 hingga 22 Jun — Mainkan demo untuk game-game akan datang yang belum dilancarkan di Steam.

Acara khas Cyberpunk 2077 – 25 Jun (masih belum umumkan waktu) — Butiran-butiran baharu untuk Cyberpunk 2077.

EA Play Live – 19 Jun, 7 pagi — Memperlihatkan berita dan game-game baharu keluaran EA.

JULAI

TennoCon – 11 Julai — Perkembangan terbaharu untuk WarFrame oleh Digital Extremes.

Ubisoft Forward – 13 Julai, 3 pagi — berita dan perkembangan baharu game-game keluaran Ubisoft.

OGOS

Pembukaan Gamescom 2020 – 25 Ogos, 2 Pagi — Pembukaan untuk satu lagi acara gaming terbesar tahunan, Gamescom.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

3 Konsol Gaming Paling Dicari Rakyat Malaysia Semasa PKP Ialah Nintendo Switch, PS4, PS3 – Kajian

Trailer Terbaru The Last of Us 2 Tutup Ruang Komen, Tutup Nisbah Like/Dislike

Trailer Terbaru The Last of Us 2 Tutup Ruang Komen, Tutup Nisbah Like/Dislike