in , , ,

Ini Grafik Gameplay Sebenar Pertama PlayStation 5 Dalam Demo Teknikal Unreal Engine 5

Malam tadi, Epic Games telah mengadakan satu acara khas memperlihatkan kemaskini enjin game terbaharu mereka, yang kini dikenali sebagai Unreal Engine 5.

Epic Games telah mendedahkan dan memaparkan fungsi-fungsi baharu yang terdapat dalam Unreal Engine 5 untuk digunakan oleh para pembangun. Satu gameplay demonstrasi teknikal berdurasi 9 minit, digelar “Lumen in the Land of Nanite” telah diperlihatkan, yang dimainkan di PlayStation 5.

Senang cerita, ini merupakan grafik gameplay sebenar pertama untuk PS5 yang pernah diperlihatkan kepada umum, walaupun ianya hanyalah demonstrasi teknikal, bukan sebuah game yang akan dilancarkan.

Bersedia untuk melihat satu grafik dan gameplay yang menakjubkan? Jom tonton di bawah, tanpa sebarang pemampatan (compression):

https://vimeo.com/417882964

Unreal Engine 5 merupakan enjin game daripada Epic Games untuk membangunkan game-game bagi konsol generasi akan datang. Atau dalam kata lain, inilah apa yang mampu dilakukan oleh game-game PS5 dan Xbox Series X apabila menggunakan enjin ini.

PS5 dan Xbox Series X akan dilancarkan pada hujung tahun 2020.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

State of Play PlayStation Yang Seterusnya Khas Untuk 18 Minit Gameplay Ghost of Tsushima

Jalan Cerita The Last of Us Part II Akan "Memecahbelahkan" Peminat, Kata Pengarah

Jalan Cerita The Last of Us Part II Akan “Memecahbelahkan” Peminat, Kata Pengarah