Salah satu slot dalam acara khas PS5 pada awal pagi tadi ialah Marvel’s Spider-Man: Miles Morales.
Setelah hanya memaparkan trailer sinematik sebelum ini, Sony dan Insomniac Games telah memperlihatkan trailer gameplay pertama untuk Marvel’s Spider-Man: Miles Morales. Trailer berdurasi lebih 7 minit itu turut mengumumkan yang game ini akan dilancarkan serentak dengan pelancaran PS5, iaitu pada 12 November.
Marvel’s Spider-Man: Miles Morales menggunakan latar masa setahun selepas kejadian dalam game pertama, Marvel’s Spider-Man yang dikeluarkan pada 2018 untuk PS4. Trailer ini memaparkan aksi Miles Morales bertembung menentang penjahat baharu, Tinkerer, sambil turut membawakan aksi Spider-Man menyelamatkan orang awam di jambatan yang sedang roboh.
Memang penuh debaran, jom layan:
Comments
Loading…