in , , , , , ,

Ini Gameplay Pertama eFootball – Para Peminat Mula Berikan Kecaman Kepada Konami

Setelah membuat satu pengumuman yang mengejutkan komuniti game bola sepak bulan lalu, Konami kembali lagi dengan memperlihatkan trailer gameplay pertama untuk eFootball.

Secara rasminya, ini merupakan gameplay pertama eFootball, namun seperti yang ramai sudah tahu, demo untuk game itu sebenarnya telah dikeluarkan lebih awal dengan judul “New Football Game“.

Dalam trailer kelihatan berbajet rendah ini, Konami memaparkan beberapa ciri yang akan ditampilkan ke dalam eFootball, dan ia telah menaikkan kemarahan kebanyakan peminat setia game ini, yang sebelum ini dikenali sebagai Pro Evolution Soccer (PES).

Konami telah menyebutkan ciri-ciri yang menjadi fokus kepada game akan datang itu, namun sesetengah daripada hanya akan dimasukkan terkemudian apabila game itu telah dilancarkan. Atau dalam kata lain, pasca-pelancaran.

Antara ciri yang akan dimasukkan pasca-pelancaran adalah fungsi haptic feedback dan adaptive triggers untuk pemain PS5, memperdaya pemain pertahanan, dan rembatan tajam. Ramai yang mula mempersoal, sekiranya semua ini adalah pasca pelancaran, apa saja yang ada semasa pelancaran kelak?

Kemudian, para peminat juga menyoalkan mengapa grafik, animasi dan gameplay yang dipaparkan tidak kelihatan seperti sebuah game untuk konsol generasi terkini.

Menurut Konami, info lanjut akan dikongsikan mereka pada bulan hadapan berkait game mode, lesen-lesen, mobile serta tarikh pelancarannya.

Disahkan Konami sebelum ini, versi yang akan dilancarkan pada tahun ini hanyalah sebuah demo.

eFootball akan dilancarkan pada musim luruh ini (sekitar September-Disember) untuk PC (Steam), PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, iOS dan Android.

Para peminat sudah mula memperkatakan UFL sebagai alternatif kepada eFootball, sebuah game bola sepak percuma juga, baru sahaja diumumkan pada hari ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Bola Sepak Percuma Baharu UFL Diumumkan, Dibangunkan Dalam Unreal Engine Untuk ‘Semua Konsol Utama’

Netflix Mula Tawarkan Kandungan Gaming Di Poland – 2 Game Mobile Stranger Things