in , ,

Ini Game-Game Baharu Yang Ditambah Dalam PC Game Pass – FIFA, Far Cry, Total War

Setiap hujung bulan, Microsoft akan mendedahkan apakah game-game yang akan ditambah ke dalam katalog PC Game Pass.

Untuk bulan ini, berikut ialah senarai game yang ditambah (berserta tarikh boleh dimainkan):

  • Total War: Three Kingdoms (22 Jun)
  • FIFA 22 (23 Jun)
  • Naraka: Bladepoint (23 Jun)
  • Far Cry 5 (1 Julai)

Selain itu, menurut kenyataan media yang diedarkan, mereka turut menambah Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge dan Omori ke dalam PC Game Pass yang juga sudah boleh dimainkan sekarang.

Macam biasa, ada juga senarai game yang akan dibuang dari katalog, iaitu:

  • FIFA 20
  • Jurassic World Evolution
  • Last Stop
  • MotoGP 20

Game mana yang korang akan mainkan dulu untuk bulan ini? Kongsikannya dengan kami.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Board Game Untuk Cyberpunk 2077 Diumumkan Oleh CD Projekt Red

Beberapa Game Catalog Dalam PlayStation Plus Extra, Deluxe Mula Paparkan Tarikh Luput