in ,

Ini Gambaran Awal Reka Bentuk Controller PS5, Tiada Light Bar, R2/L2 Lebih Besar

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mendaftarkan paten reka bentuk controller untuk konsol mereka akan datang, PlayStation 5.

Paten terbaru ini ditemui di satu laman web paten Jepun, yang memperlihatkan reka bentuk serta beberapa perubahan yang dibawakan ke dalam controller PS5 — antaranya seperti R2/L2 yang lebih besar, analog yang sedikit kecil, port USB dan ketiadaan light bar.

Di bawah ialah perbandingan antara controller PS4 dengan reka bentuk baru yang didaftarkan untuk controller PS5 (terima kasih, VG247).

Sememangnya reka bentuknya kelihatan tidak banyak perbezaan dengan controller PS4. Wired pernah melaporkan sebelum ini bahawa rekaan fizikal controller PS5 mempunyai banyak persamaan dengan DualShock 4, namun memiliki pelbagai fungsi baru yang lebih menarik.

Sebelum ini, SIE secara rasminya telah berkongsikan beberapa info tentang controller akan datang itu, antaranya seperti pengenalan haptic feedback dan adaptive triggers serta berat dan ketahanan baterinya.

PlayStation 5 dijadualkan akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apa Jadi Apabila Red Dead Redemption 2 Dimainkan Di PC Dengan Settings Paling Rendah?

Rainbow Six Siege Bawakan Kandungan Crossover Bersama Netflix, Acara Istimewa Money Heist