in ,

Ini Gambar Terbaharu Pedro Pascal, Bella Ramsey Dalam The Last of Us HBO, Pelakon Suara Game Turut Membintangi

Dalam satu blogpost yang mengumumkan The Last of Us Part I dan game multiplayer baharu, Naughty Dog turut berkongsikan perkembangan terbaharu siri televisyen The Last of Us terbitan HBO.

Sekeping gambar terbaharu telah dikongsikan yang memaparkan Pedro Pascal (Joel) dan Bella Ramsey (Ellie) dari siri tv itu. Tidak banyak yang boleh kita dapati daripada gambar ini selain hanya kelihatan mereka sedang bersembunyi daripada sesuatu.

Di samping itu, Naughty Dog turut mengumumkan yang pelakon suara untuk Joel dan Ellie dari game asal, Troy Baker dan Ashley Johnson akan turut membintangi siri tv ini sebagai antara watak utama. Namun, mereka belum dedahkan siapakah watak-watak tersebut.

Tidak banyak jalan cerita yang didedahkan setakat ini, dan kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah mengetahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013, serta mempunyai 10 episod.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; Nico Parker sebagai Sarah; Anna Torv sebagai Tess; Nick Offerman sebagai BillMurray Bartlett sebagai Frank; dan Storm Reid sebagai Riley.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Neil Druckmann juga merupakan salah seorang pengarah episod.

Gambar pertama dari set penggambaran pernah dikongsikan secara rasmi, memaparkan Joel, Sarah dan Tommy dalam satu babak di dalam sebuah kereta.

Penerbitan siri tv adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri televisyen Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

HBO telah mendedahkan sebelum ini yang siri ini tidak akan mula tayangan pada 2022.

The Last of Us merupakan siri tv hasil kerjasama HBO, Sony Pictures dan PlayStation Productions.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Multiplayer The Last of Us Berasingan Akhirnya Didedahkan Secara Rasmi

Netflix Umum Anime Dragon Age: Absolution, Mula Tayang Disember, Saksikan Trailer Pertama