Menjelang beberapa minggu sebelum pelancaran PlayStation 5, Sony telah menjemput beberapa Youtuber di Jepun untuk mencuba konsol mereka akan datang itu.
Dan para Youtuber ini pun telah mengeluarkan video pandang pertama mereka ketika bermain Astro’s Playroom dan Godfall. Salah seorang daripadanya ialah channel Pocky.
Pada awal video, Pocky telah memperlihatkan sedikit rakaman beliau yang duduk di sebelah konsol PS5 sambil memegang controller DualSense. Ini mungkin kali pertama kita melihat konsol itu secara fizikal dalam satu video umum.
Korang boleh saksikannya di bawah:
PS5 akan dilancarkan pada 12 November ini.
Comments
Loading…