Selepas tergendala selama kira-kira 10 tahun, dan bertukar seramai tujuh pengarah, akhirnya kita buat pertama kalinya dapat melihat Nathan Drake dalam dunia nyata.
Bintang utamanya, Tom Holland telah memuatnaik gambar beliau di Instagram ketika menggayakan kostum Nathan Drake untuk filem Uncharted yang mana ia masih lagi dalam penggambaran. Korang boleh lihatnya di bawah.
Di samping itu, pelakon suara Nathan Drake dalam siri video game Uncharted yang dibangunkan Naughty Dog, Nolan North turut mendedahkan gambar beliau ketika melawat set penggambaran filem tersebut dan bertemu dengan Tom Holland sendiri. North menyifatkan melihat Holland adalah seperti “memandang ke arah cermin”, dan berasa bangga melihat Holland meneruskan legasi Drake.
Sebelum ini, orang kuat Naughty Dog, pembangun yang membawakan kita siri Uncharted, Neil Druckmann turut melawat set penggambaran filem Uncharted, dan beliau nampaknya cukup senang dengan Tom Holland sebagai pelakon utama.
Filem Uncharted ini akan diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom. Ia akan dibintangi oleh Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.
Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada Julai 2021.
Comments
Loading…