Pertama kali mendengar tentang PES SEA Finals? 

Secara ringkasnya, SEA Finals merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh komuniti-komuniti Pro Evolution Soccer (PES) di Asia Tenggara. Setiap komuniti dari setiap negara akan memilih empat pemain terbaik masing-masing dan akan berentap menentang pemain-pemain terbaik dari negara-negara di rantau ini.

Edisi julung kalinya telah diadakan di Hanoi, Vietnam pada tahun 2016, kemudiannya diikuti di Bandung, Indonesia (2017) dan tahun lalu di Kuala Lumpur, Malaysia (2018). Untuk edisi keempat, giliran Bangkok, Thailand pula yang menjadi tuan rumah — yang mana bakal berlangsung pada 3 Mac 2019.

Bagaimana setiap negara memilih pemain terbaik mereka adalah terpulang kepada komuniti negara masing-masing. Untuk Malaysia, seperti mana tahun-tahun sebelumnya, pemilihan pemain dikendalikan oleh PES Malaysia.

Empat pemain wakil Malaysia semasa PES SEA Finals 2018.

Kalau ingin bercerita tentang cara untuk mewakili negara ke acara gilang-gemilang ini, ia sudahpun bermula sejak beberapa bulan lalu. PES Malaysia telah mengiktiraf beberapa pertandingan PES 2019 secara offline di seluruh negara bagi mengumpul mata. Dua pemain tertinggi dalam ranking yang ada di PESMalaysia.com akan dipilih sebagai wakil Malaysia.

Dalam kedudukan terkini sekarang (semasa artikel ini ditulis), Zainul Ariffin Bin Burhanuddin (NeST| Zainul13) dan Ahmad Muazz Amir Rosaedi (WASD|MauL) sedang mendahului. Mampukah kedua-duanya mengekalkan kedudukan sehingga tarikh tutup tiba, iaitu pada 16 Februari 2019, atau ada pemain lain yang akan memotong?

Ranking Top 10 di PESMalaysia.com buat masa ini.

Kedudukan di atas akan mengambil dua pemain untuk mewakili negara — bagaimana pula dengan dua lagi slot?

Baki slot akan diambil dari dua pertandingan wildcard yang akan diadakan pada 23 dan 24 Februari 2019 di Epicenter, Sungai Buloh, Selangor. Dua pertandingan berbeza akan berlangsung pada dua tarikh yang disebut, setiap juara pada setiap hari tersebut akan menyertai dua pemain terbaik yang diambil dari ranking PESMalaysia.com — yang semestinya kesemua pemain itu nanti akan ditaja penuh untuk ke Bangkok kelak.

Teruskan ikuti Facebook PES Malaysia untuk mengetahui bilakah pendaftaran untuk pertandingan wildcard ini dibuka.

Jadi, nak tunjukkan kehebatan korang bermain PES dan mahu mengharumkan nama tanah air? Persiapkan diri dengan latihan yang cukup dan jumpa korang dalam pertandingan wildcard itu nanti!

[KEMASKINI – 5/2/2019]

PES Malaysia telahpun membuka pendaftaran untuk pemilihan dua lagi wakil Malaysia melalui pertandingan wildcard ini. Yuran pendaftaran yang dikenakan untuk salah satu hari yang disertai ialah RM30, manakala kalau korang nak sertai kedua-duanya, yurannya ialah RM50.

Korang boleh daftar melalui pautan ini.

Hadiah kemenangan juga telah diumumkan. Korang boleh semaknya di bawah:

Juara:

  • Tiket penerbangan dan tempat tinggal ke PES SEA Finals di Bangkok, Thailand (wakil Malaysia)
  • Kerusi Seat Gaming
  • Medal
  • RM500 tunai
  • Red Dragon Gaming headset

Naib Juara:

  • RM300 tunai
  • Red Dragon Gaming headset
  • Medal

Tempat Ketiga:

  • RM200
  • Red Dragon Gaming headset
  • Medal

Hadiah-hadiah yang dinyatakan di atas akan ditawarkan untuk kedua-dua hari — yang mana jumlah keseluruhan adalah bernilai RM5,000!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.