Sudah beberapa Theme PS4 telah diberikan oleh Naughty Dog sebelum ini untuk game mereka yang sangat dinantikan ramai, The Last of Us Part II. Terkini, satu lagi Dynamic Theme telah dihadiahkan kepada para pemain secara percuma.
Dynamic Theme terbaru ini memaparkan Ellie sedang bersandar di sebatang pokok di dalam hutam sambil memetik gitarnya. Untuk dapatkan Theme ini, korang perlu tebus kod di bawah ke dalam akaun PlayStation Network di PlayStation Store — sama ada melalui laman web atau di sistem PS4.
Kod tersebut ialah: RRR3-H3NG-6CJN
Selain itu, mereka turut berkongsikan dua stail wallpaper baru untuk desktop dan mobile. Korang boleh dapatkannya di bawah:
The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 29 Mei 2020, eksklusif untuk PS4.
Comments
Loading…