in ,

Ini Bonus Eksklusif Yang Pelanggan PlayStation Plus Dapat Dalam Call of Duty: Warzone

Bermula malam tadi, game battle royale percuma daripada Activision, Call of Duty: Warzone telahpun dilancarkan. Game ini tidak memerlukan langganan PlayStation Plus untuk bermain, tetapi kepada yang memiliki langganan itu, mereka akan dihadiahkan dengan sedikit bonus menarik.

Bonus yang digelar Combat Pack ini akan menghadiahkan pemain dengan item-item berikut:

  • Yegor Operator Skin ‘Trackstar’
  • Shotgun Blueprint untuk ‘Showstopper’
  • ‘Skilltrack 56’ Watch
  • ‘Covert Operation’ Calling Card
  • ‘Shredded’ Weapon Charm,
  • 60-minit Double XP Token.

Untuk dapatkan pek bonus ini, korang boleh klik pautan ini, atau cari saja di PlayStation Store dengan kata kunci ‘Combat Pack’.

Pek bonus Combat Pack ini hanya eksklusif kepada pelanggan PS Plus sehingga 1 Oktober 2020, kemudian ia akan diberikan kepada pemain lain.

Call of Duty: Warzone adalah game standalone free-to-play, bermakna, game ini adalah percuma untuk semua pemain, sama ada korang memiliki Call of Duty: Modern Warfare ataupun tidak — boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rasmi: Horizon Zero Dawn Disahkan Akan Dilancarkan Ke PC Pada Tahun Ini

E3 2020 Dibatalkan Kerana Kebimbangan Penularan COVID-19 - Xbox, Ubisoft Akan Adakan Acara Secara Online

E3 2020 Dibatalkan Kerana Kebimbangan Penularan COVID-19 – Xbox, Ubisoft Akan Adakan Acara Secara Online