Video game itu sememangnya indah.

Sekiranya korang mengikuti apakah yang terjadi dalam industri video game, terutamanya di Amerika Syarikat, pastinya korang tahu bahawa Presiden Donald Trump telah memanggil beberapa ahli dalam industri ini untuk membincangkan keganasan yang ada dalam banyak video game.

Dalam pertemuan di Rumah Putih itu, Trump menunjukkan satu montaj ‘video game ganas’, memaparkan game-game yang bersifat kejam, ganas, berlumur dengan darah serta segala unsur yang kurang menyenangkan, diambil dari beberapa video game. Antara soalan yang keluar dari mulut Trump, “ini tak ganas ke?”.

Korang boleh saksikan video yang dikeluarkan oleh pihak Rumah Putih di bawah:

Terbaru, Games for Change telah mengeluarkan pula video balas kepada video yang diperlihatkan oleh Rumah Putih itu. Video balasan ini memaparkan keindahan yang ada dalam beberapa video game seperti The Legend of Zelda: Breath of the Wild, Horizon Zero Dawn, Life is Strange, Ori and the Blind Forest, The Last of Us, Fortnite dan banyak lagi.

Korang boleh saksikannya di bawah:

Kata description video ini:

“Video game, pencipta inovatif mereka dan komuniti pemain yang besar adalah lebih daripada apa yang diperlihatkan dalam video Rumah Putih itu. Kami mahu mencipta versi kami sendiri, dengan durasi yang sama, untuk mencabar tuduhan tidak berasas terhadap video game oleh Rumah Putih. Kepada korang semua pembangun dan pemain yang mencipta dan menikmati game – ini adalah untuk korang!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.