Mana dia geng-geng yang akan mainkan Final Fantasy XV di PC?

Kita mungkin belum tahu tentang tarikh pelancaran tepat untuk Final Fantasy XV dikeluarkan di PC. Namun, Microsoft telah mengemaskini laman web pembelian game ini dengan keperluan spesifkasinya. Jom kita tengok sama ada PC/laptop korang mampu atau tidak untuk mainkan Final Fantasy XV.

Keperluan Minimum
  • Windows 10 w/ DirectX 11
  • 8GB RAM
  • Intel Core i5-2400 (3.15ghz) atau AMD FX-6100 (3.3ghz) CPU
  • Geforce GTX760 atau yang sama dengannya
Keperluan Yang Direkomen
  • Windows 10 w/ DirectX 11
  • 16GB RAM
  • Intel Core i7-3770 (3.4ghz) atau AMD FX-8350 (4.0ghz) CPU
  • Nvidia GTX 1060 atau yang sama dengannya

Final Fantasy XV akan dilancarkan di PC pada awal tahun 2018, tarikh tepat pelancaran masih belum diumumkan. FFXV telah pun dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada November 2016 lalu.

JomBaca: PM Najib Telah Mencuba Sendiri PlayStation VR Dan Monster of the Deep: Final Fantasy XV

JomKomen!