in ,

Ini Adalah Filem Pendek Animasi The Last of Us Yang Pernah Dirancang, Tapi Sudah Dibatalkan

The Last of Us pernah mempunyai rancangan untuk mengeluarkan sebuah filem pendek animasi, tetapi ia kini sudahpun dibatalkan.

Animasi tersebut dibangunkan oleh Oddfellows, dan semalam studio tersebut telah mendedahkan beberapa gambar yang diambil dari animasi yang telah dibatalkan itu. Dalam kadar segera, gambar-gambar tersebut telah dipadamkan, kemungkinan besar diarahkan oleh Sony.

Semestinya, ada yang berjaya melihat dan menyimpan gambar-gambar tersebut sebelum dipadamkan. Korang boleh lihat kesemua gambar tersebut yang berjaya dimuatnaik di Nerd4Life.

Animasi berdurasi 20 minit ini dirancang untuk mengingatkan para peminat atau recap tentang apa yang terjadi dalam game pertama The Last of Us. Atau dalam kata lain, ia salah satu persediaan disajikan oleh Sony sebelum para pemain masuk ke sekuelnya, The Last of Us Part II.

Apa yang lebih menarik ialah selain memaparkan apa pernah berlaku dalam game pertamanya, ia juga akan menambah beberapa babak canon yang tidak pernah kita saksikan. Antaranya seperti Joel dan Ellie ada memasuki sebuah bangsal semasa “di antara Jackson County dan pengembaraan mereka yang seterusnya”.

Walau bagaimanapun, Oddfellows tidak menyatakan apakah punca sebenar animasi itu dibatalkan.

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 29 Mei 2020, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ejen Ali Umumkan Agents' Arena - Game MOBA Pertama Buatan Malaysia! Daftar Sekarang!

Ejen Ali Umumkan Agents’ Arena – Game MOBA Pertama Buatan Malaysia! Daftar Sekarang!

Jualan Game Plague Inc. Meningkat Mendadak Kerana Koronavirus, Pembangun Tampil Beri Kenyataan

Jualan Game Plague Inc. Meningkat Mendadak Kerana Koronavirus, Pembangun Tampil Beri Kenyataan