Overwatch merupakan game keluaran Blizzard yang telah menggegarkan dunia suatu ketika dulu pada tahun 2016. Walaupun popularitinya tidak seperti dulu, game ini tetap mempunyai peminatnya tersendiri yang ramai.

Terkini, Tencent Games, syarikat gergasi dari China telah mengeluarkan klon kepada Overwatch ini. Digelar Ace Force, ia merupakan game mobile dikeluarkan untuk iOS dan Android. Walau bagaimanapun, ia hanya boleh dimainkan di China pada ketika ini.

Jom layan trailer game ini di bawah, yang gameplay-nya kelihatan sangat mirip dengan Overwatch, manakala babak sinematik dan karakter-karakter yang dibawakan kelihatan lebih bertemakan anime.

Sama-samalah kita nantikan sama ada Tencent akan melancarkan game ini keluar dari pasaran China ataupun tidak.

JomKomen!