MD White? Man Red? London FC? Apa ni? Apa ni?

Siri PES sememangnya terkenal dengan game-nya yang “tidak lengkap” dengan ketiadaan lesen untuk kelab-kelab ternama. Namun, dengan memiliki komuniti yang sangat membantu, pelbagai cara telah dilakukan Konami bagi memudahkan para pemain menikmati jersi dan logo yang “rasmi”.

Untuk makluman, Konami telah bekerjasama dengan Sony untuk memudahkan para pemain PES memasukkan patch-patch ini ke dalam konsol PS4, dan dalam artikel inilah kami akan tunjukkan macam mana caranya. Untuk platform PC, caranya adalah berlainan sedikit. Manakala untuk platform Xbox One, tiada patch yang boleh dimasukkan.

Seperti yang kami dah sebutkan dalam review PES 2018: Boleh Beli or Boleh Blah!?, memasukkan patch ke dalam game bola sepak terbaru keluaran Konami ini tersangatlah mudah.

Tanpa membuang masa, jom kita tengok macam mana nak masukkan patch ke dalam PES 2018 di PlayStation 4:

1. Muat turun Patch. (Link disediakan di bawah)
2. Extract folder yang telah dimuat turun itu. Jangan ubah apa-apa terhadap fail-fail yang terdapat dalam Patch tersebut.
3. Sediakan satu USB drive yang mempunyai format FAT32. PS4 tidak akan membaca USB drive yang menggunakan format lain.
4. Create satu folder yang bernama WEPES di dalam USB drive tersebut.
5. Masukkan kesemua Patch yang telah dimuat turun tersebut ke dalam folder WEPES itu.
6. Cucuk USB drive itu ke PS4.
7. Buka PES 2018. Di menu utama > Extras > Edit > Data Management > Import/Export > Import Team > Klik USB drive yang telah korang cucuk ke PS4.
8. Klik “SELECT ALL FILES” untuk tick semua kotak yang ada, dan tick pula “Overwriting image files of the same nama” SAHAJA.
9. Biar ia import kesemua fail. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama bergantung kepada berapa banyak kelab yang korang import.

Selepas ia siap loading, nikmatilah suasana PES 2018 dengan jersi dan logo yang lebih kemas!

PES 2018 yang telah dimasukkan patch dengan kemas.

Link Untuk Patch

Terdapat pelbagai sumber patch yang korang boleh dapatkan di Internet. Secara peribadi, penulis lebih gemarkan patch yang disediakan oleh PES World. Di laman web PES World, korang pergi ke tab “Donwloads” dan klik “PS4 Downloads”. Kemudian, pilihlah mana-mana kelab dari liga masing-masing yang ingin korang dapatkan patch-nya.

Masukkan Logo Dan Nama Rasmi Liga-Liga

Langkah-langkah di atas adalah untuk menukar jersi dan logo untuk kelab-kelab. Untuk menukar nama dan logo liga-liga (pertandingan-pertandingan) pula, ia sebenarnya sama sahaja.

Cumanya, di langkah no. 7 di atas, jangan klik “Import Team”, sebaliknya klik “Import Competition”.

Untuk dapatkan patch liga-liga itu pula, di laman web PES World ada menyediakan link untuk memuat-turun patch Competition.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.