in , ,

Ini 18 Game PS4 Percuma Di PS5 Untuk Pelanggan PlayStation Plus

Sony sebenarnya sedar bahawa barisan game yang bakal tersedia untuk PS5 semasa pelancaran kelak tidak cukup mantap. Maka, Sony perlu melakukan sesuatu untuk menarik para peminat tetap membeli konsol generasi seterusnya itu pada hari pertama.

Antara kejutan yang dibawakan dalam acara khas PS5 awal pagi tadi ialah pengumuman PlayStation Plus Collection — iaitu barisan 18 game PS4 yang akan boleh dimainkan secara percuma di PS5. Namun harus diingat, ia hanya percuma kepada pelanggan PlayStation Plus.

PlayStation Plus Collection bukanlah langganan baharu yang berasingan, tetapi merupakan kelebihan tambahan yang dimasukkan ke dalam langganan PlayStation Plus sedia ada. Maka, korang tak perlu risau soal harga.

PlayStation Plus Collection juga bukanlah servis bermain game secara streaming, bermakna pemain perlu muat-turun game-game tersebut seperti biasa.

18 game ini ialah beberapa game yang telah menggegarkan generasi PS4, termasuk game-game eksklusif daripada Sony sendiri, mahupun dari pembangun pihak ketiga. Belum diketahui lagi sama ada jumlah 18 game ini akan bertambah atau berkurang pada masa akan datang.

18 game tersebut ialah:

  • God of War
  • The Last of Us: Remastered
  • Uncharted 4: A Thief’s End
  • Battlefield 1
  • Monster Hunter World
  • Fallout 4
  • Final Fantasy XV
  • The Last Guardian
  • Ratchet and Clank
  • Infamous: Second Son
  • Days Gone
  • Bloodborne
  • Detroit: Become Human
  • Batman Arkham Night
  • Mortal Kombat X
  • Persona 5
  • Until Dawn
  • Resident Evil: Biohazard

PlayStation Plus Collection akan tersedia untuk pelanggan PlayStation Plus apabila PS5 dilancarkan di Malaysia pada 19 November kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Gameplay Pertama Marvel’s Spider-Man: Miles Morales - Aksi Penuh Debaran

Ini Gameplay Pertama Marvel’s Spider-Man: Miles Morales – Aksi Penuh Debaran

Sekuel God of War Mula Diacah Secara Rasmi, Bakal Hadir Pada 2021

Sekuel God of War Mula Diacah Secara Rasmi, Bakal Hadir Pada 2021