in , ,

Ini 12 Game Dengan Bilangan Pemain Paling Ramai Sepanjang Hayat PS4, Didedahkan Secara Tak Sengaja Oleh Sony

Sony baru-baru ini ada melancarkan satu fungsi di laman web PlayStation, yang dikenali sebagai My PS4 Life. Fungsi ini bertujuan untuk memberikan statistik (dalam bentuk video) kepada setiap pemegang akaun PSN, apakah game paling banyak jam mereka mainkan, apakah game pertama dan sebagainya. Malangnya fungsi ini tidak boleh digunakan oleh para pemain di Malaysia.

Namun, bukan itu sebenarnya isi utama artikel ini. Menggunakan fungsi My PS4 Life ini, seorang Redditor telah membuat kira-kira yang seterusnya mendedahkan berapakah bilangan pemain untuk setiap game yang ada di PS4.

Bilangan yang beliau kira ini bukanlah satu angka tepat, tetapi lebih kepada anggaran sahaja kerana terdapat beberapa rantau yang tidak dimasukkan — antaranya Malaysia.

Video yang diterima oleh setiap pemain akan mendedahkan info tentang satu-satu info Trophy yang berjaya diperoleh pemain. Kemudian, info ini akan digandingkan dengan info yang terdapat dalam laman web rasmi PlayStation.

Redditor ini menggunakan contoh Trophy “Photo Bomber” dalam Fallout 76. Dalam video My PS4 Life mendedahkan yang seramai 33,764 pemain memperoleh Trophy tersebut. Di laman web PlayStation pula mendedahkan yang 8.3 peratus daripada semua pemain Fallout 76 telah mendapat Trophy ini. Bermakna, untuk mendapatkan jumlah keseluruhan pemain yang ada Fallout 76 di PS4 ialah dengan 33,764 dibahagikan dengan 0.083, iaitu bersamaan 406,795.

Redditor ini telahpun menyenaraikan hampir 100 game di laman web gamstat.com selepas membuat kira-kira tersebut.

Di bawah adalah 12 game teratas yang diambil daripada kedudukan tersebut, yang mana bolehlah kita katakan sebagai 12 game dengan bilangan paling ramai pemain sepanjang hayat PS4, untuk beberapa rantau:

  1. Grand Theft Auto 5 – 51.7 juta
  2. FIFA 18 – 32.5 juta
  3. Call of Duty: World War 2 – 24.6 juta
  4. Call of Duty: Black Ops 4 – 9.23 juta
  5. Call of Duty: Ghosts – 12.6 juta
  6. Battlefield 4 – 13.9 juta
  7. Minecraft – 25.6 juta
  8. The Last of Us: Remastered – 15.9 juta
  9. Overwatch – 10.2 juta
  10. Red Dead Redemption 2 – 6.1 juta
  11. Resident Evil 7 – 5.97 juta
  12. No Man’s Sky – 3.95 juta

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penganalisis Ramal Yang Cyberpunk 2077 Akan Lebih Popular Berbanding Red Dead Redemption 2

6 Pasukan/Individu Malaysia Layak Ke WESG Grand Finals Di China Selepas Cemerlang Di Kelayakan Asia Tenggara