in ,

Ini 10 Trailer Game Yang Paling Banyak Ditonton Sepanjang Tahun 2018

Lagi beberapa hari, tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya. Pastinya hari ini merupakan saat yang terbaik untuk melihat semula apakah trailer game yang paling banyak menarik perhatian para gamers sepanjang tahun ini.

Senarai ini diambil dari jumlah tontonan yang dikumpulkan melalui channel Youtube rasmi game masing-masing. Bermakna, trailer-trailer yang dimuat-naik semula ke channel lain atau di akaun media sosial lain selain Youtube, tidak dikira.

Mungkin ada yang terkejut kerana di sebalik pelbagai game hebat yang dilancarkan pada tahun 2018, trailer game yang berada di kedudukan nombor satu ialah game yang dikeluarkan pada tahun 2017, iaitu Fortnite — atau lebih tepatnya trailer pengumuman Fortnite Season 5 yang mendapat 48.6 juta tontonan. Tetapi, melihat bagaimana Fortnite mendapat liputan meluas dari media-media arus perdana, semestinya jumlah tontonan Fortnite ini tidak mengejutkan.

Trailer Fortnite itu telah berjaya mengalahkan trailer rasmi Fallout 76 (33.8 juta) serta trailer ketiga Red Dead Redemption 2 (27.9 juta).

Korang boleh saksikan senarai penuh trailer game yang paling banyak ditonton pada tahun 2018 di bawah, berdasarkan laporan GamesIndustry.biz:

1. Fortnite Season 5 Announcement Trailer

2. Fallout 76 Official E3 Trailer

3. Red Dead Redemption 2: Official Trailer #3

4. Clash of Clans: Hammer Jam

5. Clash Royale: Clan Wars

https://youtu.be/uVcvhKTVZ8g

6. DOOM EternalE3 teaser

7. Minecraft aquatic update trailer

8. League of Legends: Just One More

9. GTA Online: After Hours

10. Call of Duty: Black Ops 4 Blackout

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

5 Daripada 6 Game Esports Di Sukan SEA 2019 Filipina Telah Diumumkan

Mungkinkah Ucapan “Happy Holidays PlayStation” Dari Sony Ini Mengacah Tentang PS5?