in , , , ,

Ini 10 Saat Video Acah Hogwarts Legacy, Dan Para Peminat Dah Mula Teruja

Sebuah acara State of Play bakal diadakan PlayStation pada awal pagi Jumaat ini, memfokuskan sepenuhnya kepada Hogwarts Legacy.

Bagi menaikkan lagi keterujaan para peminat yang sudah sekian lama menantikan game ini, Avalanche telah memuatnaik 10 saat video acah yang memaparkan sedikit paparan gameplay.

Videonya 10 saat sahaja, namun ia sudah mula menerima maklum balas positif daripada para peminat. Jom saksikan:

Livestream itu akan berlangsung pada 18 Mac 2022, 5 pagi (waktu Malaysia), dan kita boleh tontonnya melalui channel rasmi PlayStation di Twitch dan Youtube.

Apa yang kita tahu setakat ini adalah Hogwarts Legacy merupakan sebuah game bergenre open-world, single-player, aksi RPG, dalam universe Harry Potter pada era 1800-an. Antara aktiviti yang bakal pemain lakukan dalam game ini ialah mengembangkan abiliti-abiliti magik dengan memahirkan jampi-jampi, mencipta posyen dan menjinakkan raksasa-raksasa hebat.

Game ini turut akan membawakan beberapa lokasi terkenal seperti Forbidden Forest dan Hogsmeade Village.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
EA Play Live 2020 Akan Berlangsung Pada 12 Jun, Memperlihatkan Game-Game Baru

Acara EA Play Live Tak Berlangsung Tahun Ini – EA Fokus Umum Setiap Satu Apabila Bersedia

Ubisoft Tinggalkan Nama ‘Tom Clancy’ Daripada Game Shooter XDefiant