Setiap tahun, sebelum game baru FIFA dikeluarkan secara rasmi, pasti EA Sports akan mendedahkan terlebih dahulu senarai pemain dengan rating paling tinggi. Untuk FIFA 19, ia juga begitu.
Terbaru, mereka telahpun mendedahkan 10 pemain dengan rating paling tinggi dalam FIFA 19, dan semestinya, ia tidaklah begitu mengejutkan, sekurang-kurangnya pada pandangan saya. 10 pemain tersebut ialah:
- Cristiano Ronaldo – 94
- Lionel Messi – 94
- Neymar JR – 92
- Luka Modric – 91
- Kevin De Bruyne – 91
- Eden Hazard – 91
- Sergio Ramos – 91
- Luis Suarez – 91
- David De Gea – 91
- Toni Kroos – 90
Korang boleh lihat senarai penuh 100 pemain dengan rating paling tinggi dalam FIFA 19 di laman web rasmi ini.
Amacam? Korang setuju tak dengan rating kali ini? Ada yang patut ditambah atau dikurangkan? Kongsikan di ruangan komen.
FIFA 19 akan dilancarkan sepenuhnya pada 28 September ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…