Secara peribadi, penulis bukanlah seorang yang mahir menangkap gambar, jauh sekali seorang jurugambar profesional. Namun, ada secebis minat dalam jiwa penulis yang gemar untuk menangkap gambar-gambar yang cantik dalam game.
Antara game yang paling banyak penulis luangkan masa untuk mengambil screenshot-sreenshot dalam game ialah Horizon Zero Dawn dan Ghost of Tshusima.
Aktiviti mengambil screenshot dalam game, atau boleh kita panggil sebagai fotografi maya, sebenarnya merupakan satu pemasaran yang percuma kepada game tersebut. Para pemain akan mengambil, berkongsi di media sosial dan rakan-rakan mereka akan bertanyakan game apakah yang sedang dimainkan itu.
Melihat kepada peningkatan perkongsian screenshot-screenshot dalam game, sebuah laman web berkaitan fotografi yang popular, ShotKit telah menjalankan satu kajian tentang fotografi maya ini.
Melalui pemerhatian mereka terhadap pelbagai hashtag yang ada di Instagram, ShotKit telah menyenaraikan 10 game yang paling popular untuk fotografi maya sepanjang sedekad yang lalu.
Menariknya, dua game di kedudukan teratas ialah game yang dibangunkan oleh Rockstar Games iaitu Red Dead Redemption 2 di kedudukan pertama dan Grand Theft Auto V di kedudukan kedua.
Bertambah menarik apabila tempat ketiga diduduki oleh sebuah game yang tidak mempunyai fungsi photo mode rasmi dalam game, iaitu Fortnite.
Ia kemudiannya diikuti oleh Skyrim, Horizon Zero Dawn, Forza Horizon 4, Ghost of Tsushima, The Last of Us Part II, Uncharted 4 dan The Sims 4.

Korang pula bagaimana? Apakah game yang paling korang banyak luangkan masa menikmati pemandangannya dan bermain-main dengan photo mode? Kongsikannya bersama kami di ruangan komen.
Comments
Loading…