Semalam, Sony telah melancarkan satu fungsi yang sekian lama diminta oleh para pemain — iaitu keupayaan untuk menukar nama PSN ID sedia ada kepada nama yang baru.

Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu, tidak semua game akan menyokong fungsi pertukaran PSN ID ini. Sekiranya satu-satu game itu tidak menyokongnya, ia akan menimbulkan beberapa isu yang agak kritikal. Korang boleh baca sini untuk ketahui apakah masalah yang boleh timbul.

Menurut Sony, kesemua game PS4 yang dilancarkan selepas 1 April 2018 menyokong fungsi ini, manakala sebahagian sahaja game yang menyokong fungsi ini yang dilancarkan sebelum tarikh tersebut. Untuk dapatkan senarai penuh game yang menyokong atau tidak fungsi ini, korang boleh klik pautan seperti di bawah, senarai yang disediakan secara rasmi oleh Sony.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.