in , , , , , ,

Ingin Dapatkan Sijil Dari APU eSports Malaysia Academy? Sediakan RM2730 Untuk Kos Pembelajaran

Sekiranya anda mengikuti perkembangan industri esports tanah air, pasti anda mengetahui tentang APU eSports Malaysia Academy – sebuah akademi esport yang ditubuhkan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) dengan kerjasama eSports Malaysia (eSM).

Kira-kira dua minggu lalu, permohonan untuk menyertai akademi ini telah dibuka untuk kemasukan 22 April 2017. Empat buah game yang akan menjadi fokus, iaitu Defense of the Ancients 2 (DotA 2), League of Legends (LoL), Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) dan FIFA 17.

Setiap game memiliki 3 tahap yang perlu dilalui, iaitu Level 1 (Beginner), Level 2 (Intermediate) dan Level 3 (Advanced), di mana setiap tahap mengambil masa 12 minggu untuk dihabiskan. Pelajar boleh melangkau Level 1 dan Level 2 sekiranya memenuhi beberapa syarat tertentu.

Bermakna, sekiranya pelajar memulakan pengajian dari Level 1, masa yang diambil untuk menghabiskan pengajian ini adalah 9 bulan. Kelas pula hanya diadakan pada hujung minggu.

Umur minimum untuk memasuki akademi ini berbeza mengikut setiap game tersebut, di mana FIFA 17 adalah 10 tahun dan ke atas, LoL (13 tahun), DotA 2 (13 tahun) dan CSGO (17 tahun). Semestinya, kanak-kanak di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.

Terkini, laman web rasmi APU eSports Malaysia Academy telah dikemaskini, menambah maklumat tentang yuran untuk kursus-kursus ini. Secara kasarnya, terdapat 4 jenis yuran yang perlu dilangsaikan bagi menamatkan salah satu daripada 4 kursus video game yang disediakan, iaitu:

  • Yuran Pendaftaran – RM90 (untuk pelajar umum)/RM50 (untuk pelajar sekolah menengah)
  • Yuran Kursus “Beginner Level” – RM780
  • Yuran Kursus “Intermediate Level” – RM870
  • Yuran Kursus “Advanced Level” – RM990

Maka, apabila dicampurkan kesemuanya, yuran yang perlu dibayar oleh para pelajar adalah RM2730 bagi pelajar umum, dan RM2690 bagi pelajar sekolah menengah.

Berminat untuk menyertai akademi ini? Inginkan maklumat lanjut? Anda boleh terus layari laman web rasmi APU eSports Malaysia Academy.

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi, Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching, akademi ini dijangka akan menjadi sebuah institusi melatih dan menyediakan bakat-bakat eSports bukan sahaja dalam menyertai acara kompetitif, malahan mengembangkan bilangan tenaga kerja yang akan memajukan industri eSports tanah air.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh The International 2017 Telah Diumumkan Oleh Valve

Selepas Mass Effect: Andromeda Hebat Dikritik, Akhirnya BioWare Mengeluarkan Kenyataan Rasmi