in , , ,

Ingin Bermain Sebagai Gadis Anime Comel Dalam Game Call of Duty: Black Ops 3?

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Walaupun jalan itu berliku dan dihuni gadis-gadis anime bersuara jantan.

Kalau korang inginkan kombinasi keganasan peperangan, aksi tembak-menembak dan kecomelan awek-awek anime game Jepun – sekarang sudah ada mod Call of Duty: Black Ops 3!

Mod bernama Call of Duty: Neptunia Ops 3 yang boleh didapatkan di Steam dan dibangunkan oleh pasukan 6-orang ini menggantikan model 3D karakter-karakter jantan Call of Duty: Black Ops 3 dengan karakter-karakter dari game bergenre JRPG, Cyberdimension Neptunia: 4 Goddesses Online!

Paling best, kesemua perubahan karakter melalui mod ini boleh digunakan di dalam singleplayer campaign, zombie mode termasuklah multiplayer!

Bagaimanapun, mod ini hanya menukar rupa bentuk model 3D karakter, dan mengekalkan lakonan suara yang ada di dalam game tersebut – menjadikan permainan mod ini sebagai satu pengalaman yang kelakar seram.  Muka comel, tapi suara garau. Eww, tak kuasa taww!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ketagihan Kepada Video Game Kini Adalah Penyakit Yang Diiktiraf Oleh WHO

Jangan Jadi Rambo Tembak Sana Sini Bila Main Death Stranding Nanti – Kata Hideo Kojima