Korang mungkin lebih mengenali nama Rockstar dengan dua francais terkemuka mereka iaitu Grand Theft Auto dan Red Dead Redemption. Tetapi, ada satu lagi francais cukup popular era PS2 yang mungkin kebanyakan daripada kita yang sudah melupakannya.

Bully merupakan game yang dilancarkan pada tahun 2006. Game ini boleh dikatakan umpama GTA, namun diletakkan dalam latar belakang persekitaran sekolah.

Terbaru, Rockstar Intel (via GameByte) telah melaporkan yang mereka mendapat info bahawa Casting Director di Rockstar sedang mencari pelakon-pelakon, dan deskripsi daripada pencarian pelakon ini menjurus kepada sebuah game yang seakan-akan sekuel kepada Bully.

Pencarian tujuh pelakon ini dilaporkan sebagai “sebuah video game yang belum diumumkan dengan pembangun game di UK sebagai teraju, merakamkan di Pinewood Studios”. Apa yang menariknya ialah kebanyakan watak tersebut dikatakan adalah “remaja dan pra-remaja, dan panggilan pencarian pelakon memberi amaran bahawa terdapat tingkah laku ganas sederhana dan pelakuan jahat budak sekolah akan digunakan dalam babak-babak bersama pelakon muda.”

Tambahan lagi, deskripsi tersebut menyatakan lagi, “projek ini adalah sebuah thriller/drama” dan memanggil kakitangan-kakitangan sekolah, terutamanya “profesor kolej”.

Kedengaran seperti sebuah game terbaru dalam dunia Bully, kan?

Menambah panas ke dalam berita ini adalah apabila artikel laporan dari laman web Rockstar Intel itu telahpun hilang/dipadamkan. Mungkin Rockstar sendiri meminta mereka memadamkannya… kerana ia sememangnya benar?

Walau bagaimanapun, seperti biasa, khabar angin tetap merupakan satu khabar angin selagi ia belum disahkan secara rasmi. Buat masa ini, nak dengar dan baca tentang laporan ini, boleh, tapi nak percaya seratus peratus, jangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.