in ,

Info Rasmi Baru Untuk PS5 Akan Dikongsikan Sony Pada Tengah Malam Ini

Melihat Microsoft yang semakin rancak memperlihatkan Xbox Series X, Sony nampaknya tidak mahu berdiam diri.

Pada tengah malam ini, iaitu secara tepatnya pada jam 12 tengah malam, 19 Mac (waktu Malaysia), ketua arkitek sistem PlayStation 5, Mark Cerny akan mendedahkan beberapa butiran terbaharu untuk konsol generasi akan datang itu.

Buat masa ini, mereka hanya mendedahkan bahawa sesi livestream itu nanti (atau mungkin video rakaman awal), akan menyajikan perkongsian mendalam tentang seni bina (architecture) sistem PS5, dan bagaimana ia akan membentuk masa depan game.

Kita boleh saksikannya nanti melalui laman rasmi PlayStation Blog.

Apakah reka bentuk fizikal konsol, harga pasaran dan tarikh pelancaran akan didedahkan? Sama-sama kita tonton.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Penuh Assassin’s Creed Odyssey Boleh Dimainkan Secara Percuma Pada Hujung Minggu Ini

Monster Hunter World Kini Ditambah Sebagai Antara Game Percuma PlayStation Plus