in ,

Info Cyberdimension Neptunia Online DiKenalpasti!

cdn

Ingat lagi tak pengumuman siri ini dalam 2 minggu lepas? Di sini penulis mendapat lagi info terkini tentang sedikit sebanyak permainan video baru dari francais kiut-miut yang terkenal ini.

12985475_1014925895257616_3804637677268337595_n

Siri ini pula bertemakan dunia fantasi action RPG. Konsep dia pulak adalah sama dengan anime VRMMORPG yang popular, Sword Art Online. Neptune (yang berambut purple) di mainkan sebagai Holy Knight, Noire (pompuan rambut hitam tsundere) bermain atas nama Black Knight, Blanc (pompuan kecik rambut berwarna perang) dimainkan sebagai Priest, dan Vert (pompuan yang dikenali sebagai opp** besar) dikelaskan sebagai Enchanter.

12936655_1014925928590946_5499584618109213904_n

Disini  ada beberapa info yang terdapat dalam satu temuramah dengan Norihisa Kochiwa, penerbit eksekutif permainan video ini, character designer Tsunako dan penerbitnya, Naoko Mizuno:

  • Sekarang kitorang memperkenalkan karakter dari franchise Neptunia ini ke dunia fantasi.
  • Title ‘Online’ di belakang bukan bermaksud ianya adalah permainan video online. Ianya digunakan sebagai setting dalam permainan video ini dimana pada permainan video mereka yang sebelum ini (atau siapa pernah tengok episode anime dia), Neptune dan kawannya ada pernah bercerita tentang dunia ini dalam permainan video dalam siri tersebut.
  • Ini adalah buat pertama kalinya Vert dimainkan sebagai karakter yang penting dalam game ini sebab setiap goddess lain sudah ada video game nya yang tersendiri, seperti Hyperdevotion Noire dan yang akan datang, MegaTagDimension Neptune + Blanc VS Zombie Squad.
  • 4 Goddesses ini (Neptune, Noire, Blanc, Vert) menjadi rakan karib, walaupun pada mulanya ada berselisih faham.
  • Karakter tambahan masih lagi dalam pertimbangan. Belum lagi diketahui sama ada ianya karakter dari siri sebelum ini ataupun ianya karakter baru.
  • Ceritanya bermula dengan Neptune dan rakannnya bermain permainan Four Goddesses Online, sedar ada benda yang datang dalam permainan video tersebut, adakah ianya karakter baru? Musuh yang baru? Dengan perasaan ragu-ragu tentang tu, Neptune dan kawannya menjelajah tentang isu itu.
  • Pembinaan permainan ini adalah dalam 20% sehingga 30%. Tarikh release adalah di antara bulan September-December untuk versi Jepun.
  • Pelantar permainan video ini juga tidak di umumkan lagi.

Setakat ini sahaja informasi yang penulis dapat. Sebarang info akan kami update dari masa ke semasa!

Written by Kaiz Amari-Tai

Dilahirkan menjadi gamer tegar. Guest-writer JomGaming ini berminat dengan semua benda berkaitan videogames. Ingin menjadi streamer untuk menunjukkan betapa pengaruhnya videogames dalam hidup. AAA atau indies, janji videogames.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bila Abah Review PS+: Koleksi Game Segera Mei 2016!

Dishonored 2: Tarikh Pelancaran Telah Diumumkan!