Warner Bros. Animation telah mendedahkan beberapa butiran baru tentang filem animasi Mortal Kombat akan datang. Jangan terkeliru pula dengan filem live-action Mortal Kombat yang juga sedang dibikin kerana ia adalah filem yang lain.
Filem animasi ini diberi judul Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge, dan ia akan dikeluarkan sekitar separuh tahun pertama 2020. Buat masa ini tiada tarikh tepat tayangan lagi.
Selain itu, mereka juga telah mendedahkan logo rasmi untuk filem animasi ini, yang mana ia mengimbau semula logo klasik Mortal Kombat.
Setakat ini, dua pelakon suara utama yang didedahkan iaitu Joel McHale sebagai Johnny Cage dan Jennifer Carpenter sebagai Sonya Blade. Walaupun judulnya ialah ‘Scorpion’s Revenge, watak Cage dan Blade dikatakan akan memainkan peranan yang penting.
Di samping itu, pelakon suara lain termasuklah Patrick Seitz (Scorpion dan Hanzo Hasashi), Jordan Rodrigues (Lui Kang), Steve Blum (Sub-Zero), David B. Mitchell (Raiden), Kevin Michael Richardson (Goro), Grey Griffin (Kitana dan Satoshi Hasashi), Artt Butler (Shang Tsung), Darin De Paul (Quan Chi), dan Atkin Downes (Kano).
Itu sahaja yang mereka umumkan setakat ini. Warner Bros. mengatakan mereka belum bersedia untuk memperlihatkan lebih banyak walaupun filem animasi ini hanya tinggal beberapa bulan sebelum tayangan.
Sumber: The Hollywood Reporter
Comments
Loading…