Pasukan baru, nafas baru.

Kathireswaran “InFamous9” Sugumaran (kiri) bersama jurulatih baharunya Boon “Shige” Shin.

Kathireswaran “InFamous9” Sugumaran diumumkan sebagai pemain siri game FIFA pertama di bawah kejurulatihan Boon “Shige” Shin dalam pasukan esport tempatan, FrostFire.

Sekiranya korang adalah pengikut scene FIFA tempatan, pastinya korang sudah cukup kenal dengan InFamous9. Beliau adalah antara pemain FIFA tempatan yang sungguh disegani dan dihormati kawan dan lawan — pernah mencipta nama, antaranya, sebagai juara Malaysia Cyber Games (MCG) 2018 serta wakil Malaysia ke China Esports Game 2018.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, FrostFire yakin dengan keupayaan InFamous9 akan membawakan pasukan itu ke satu tahap yang lebih tinggi dan merangkul banyak kejuaraan FIFA.

FrsotFire adalah pasukan yang dijenamakan semula, yang mana sebelum ini mereka dikenali sebagai Fire Dragoon Esports.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.