PES League Asia Regional Finals 2019 yang berlangsung di Tokyo, Jepun baru sahaja melabuhkan tirai. Ia secara langsung telah menyaksikan sebuah negara gergasi baru PES di benua Asia.

Juara kategori Co-Op di PES League Asia Regional Finals 2019. Dari kanan: Rio Dwi Septiawan, Lucky Maarif dan Rizky Faidan. Kredit foto: Liga1PES.

Para pemain dari Indonesia telah menjuarai kedua-dua kategori yang dipertandingan dalam PES League Asia Regional Finals 2019. Pemain wonderkid PES dari negara seberang, Rizky Faidan, 16, telah memenangi kategori perseorangan (1v1). Pasukan Garuda ini turut menjuarai kategori Co-Op (3v3) yang juga dibarisi Rizky serta dua pemain lain iaitu Lucky Maarif dan Rio Dwi Septiawan.

Kredit foto: Liga1PES.

Dalam kategori perseorangan, Rizky telah berjaya menewaskan lawannya dari Jepun, Mayageka dengan keputusan 3-2.

Kemenangan kontinjen Indonesia ini sekaligus telah melayakkan mereka untuk bertanding dalam PES League World Finals kelak yang bakal diadakan Jun ini — sebuah acara tahunan rasmi paling berprestij daripada Konami.

Tahniah kami ucapkan kepada pasukan Indonesia, terutamanya kepada anak muda bernama Rizky Faidan ini. Anda sememangnya luar biasa!

JomBaca: PES SEA Finals 2019: Tembok Dominasi Vietnam Berjaya Dipecahkan Pemain Muda Dari Indonesia

Malaysia turut mempunyai wakil dalam kategori perseorangan, iaitu Tho Wai Khuin. Walau bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi satu-satunya wakil negara ini apabila tumpas di peringkat kumpulan.

JomKomen!