in , ,

India Haramkan PUBG Mobile Dan Lebih 100 Aplikasi Dari China

Hubungan dua hala antara kerajaan India dan China semakin menegang. Sejak Jun, India telah mengharamkan 59 aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat dari China, termasuklah TikTok dan WeChat.

Terkini, India telah menambah senarai aplikasi yang diharamkan. Kementerian Elektronik dan Informasi Teknologi negara tersebut telah mendedahkan 118 aplikasi dari China yang baru diharamkan, yang mana ia turut mengharamkan sebuah game yang cukup popular di negara itu — PUBG Mobile.

Menurut TechCrunch, India mempunyai lebih daripada 40 juta pemain aktif PUBG Mobile. Pihak berkuasa India mendakwa bahawa mereka telah menerima banyak laporan tentang penyalahgunaan aplikasi mudah alih dari China. Mereka mengatakan yang sesetengah aplikasi telah mencuri data pengguna dan memindahkannya kepada server di luar dari India.

Selain PUBG Mobile, antara yang tersenarai dalam 118 aplikasi ini ialah Baidu, Knives Out, Rise of Kingdoms, Alipay, Taobao, Marvel Super War, Arena of Valor, Rules of Survival. Korang boleh lihat senarai penuh dalam tweet di bawah.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Baru Cyberpunk 2077 Paparkan Keupayaan Siri Nvidia GeForce RTX 30

Trailer Baru Cyberpunk 2077, Watch Dog Legion Dan Lain-Lain Paparkan Keupayaan Siri Nvidia GeForce RTX 30

Pemain Takkan Perlukan Lagi PS Plus Untuk Main Rocket League Apabila Ia Berubah Model Kelak