Keluaran indie terbaru dari teedoubleuGAMES yang dikenali sebelum ini dengan Ronin.

Dibangunkan oleh teedoubleuGAMES, Immortal Planet adalah sebuah action RPG yang menjangka akan memberi cabaran kepada pemain dengan membawa sedikit sebanyak unsur siri Souls kepada gameplay. Setiap gerak-geri dalam pertarungan haruslah dirancang dan tidak menyerang secara melulu, menjadikan gerakan seperti menepis dan mengelak adalah satu kemahiran yang wajib dipelajari.

Dalam Immortal Planet, pemain akan membawa watak sebagai Awakewalker yang tersedar dari cryosleep dan tidak mempunyai sebarang ingatan tentang kisah silamnya. Dalam usaha mendapatkan memorinya yang hilang, pemain akan mengembara ke seluruh ceruk di planet yang sejuk membeku.

Berikut adalah trailer bagi Immortal Planet.

Immortal Planet akan diterbitkan pada 28 Julai untuk PC (Steam).

JomKomen!