Kali ini ILLEGEAR kasi korang processor Intel i5 dan i7 8th Gen!

ILLEGEAR telah mengumumkan penambahbaikan kepada model laptop gaming mampu-milik mereka – RAVEN beserta versi premium RAVEN Elite. Kedua-dua model menjanjikan prestasi ekstrem, ciri-ciri unik dan sistem penyejukan bagi sesi gaming mudah alih.

 

RAVEN yang diperbaharui kini hadir dengan opsyen processor 6-core Intel i5-8300H atau i7-8750H, chassis dikemaskini dengan kemasan bertekstur, Sound Blaster Cinema 5 dan mechanical keyboard GENESWITCH v2.

Laptop gaming RAVEN boleh didapatkan pada konfigurasi berikut:

RM4,199 – i5-8300H, GTX1050 4GB, GENESWITCH Mechanical Keyboard, 8GB DDR4, 120GB M.2 SSD, 1TB 7200, Intel 9560, Windows 10.

RM4,498 – i5-8300H, GTX1050Ti 4GB, GENESWITCH Mechanical Keyboard, 8GB DDR4, 120GB M.2 SSD, 1TB 7200, Intel 9560, Windows 10.

RM4,598 – i7-8750H, GTX1050 4GB, GENESWITCH Mechanical Keyboard, 8GB DDR4, 120GB M.2 SSD, 1TB 7200, Intel 9560, Windows 10.

RM4,897 – i7-8750H, GTX1050Ti 4GB, GENESWITCH Mechanical Keyboard, 8GB DDR4, 120GB M.2 SSD, 1TB 7200, Intel 9560, Windows 10

Pada masa yang sama, model premium RAVEN Elite turut diumumkan. Versi ini hadir dengan processor 6-core Intel i7-8750H, GTX1060 6GB, pilihan skrin 4K UHD / 144Hz IPS, Sound Blaster Cinema 5 dan mechanical keyboard GENESWITCH. Paling menarik, RAVEN Elite boleh disambungkan kepada 3 skrin lain melalui 2x Mini Displayport dan 1x HDMI 2.0!

RAVEN Elite turut dilengkapi dengan 5x heatpipe, 2x kipas dan quadvent serta heatsink bagi penyejukan sistem yang optimum semasa sesi gaming yang rancak.

Laptop gaming RAVEN Elite boleh didapatkan pada konfigurasi berikut:

RM6,399 – skrin 4K UHD sRGB 100%, i7-8750H, GTX1060 6GB, GENESWITCH Mechanical Keyboard, 8GB DDR4, 240GB M.2 SSD, 1TB 7200, Intel 9560, Windows 10.

RM6,598 – skrin 144Hz Full HD sRGB 100% IPS, i7-8750H, GTX1060 6GB, GENESWITCH Mechanical Keyboard, 8GB DDR4, 240GB M.2 SSD, 1TB 7200, Intel 9560, Windows 10.

Untuk info lanjut tentang spesifikasi laptop gaming RAVEN: https://www.illegear.com/laptops/raven/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.