in , ,

ILLEGEAR Onyx: Gaming Laptop Ultra Slim Terbaru Dari Pembikin Tempatan

Penulis rasa dah habis best dah nih. Ada ke gaming laptop lagi best?

Illegear adalah satu syarikat tempatan yang menjual laptop customised untuk memberi pilihan kepada pengguna mengubahsuai laptop menjadi lebih padu. Sama seperti mengubahsuai PC rig, laptop ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan spesifikasi terpilih.

ILLEGEAR telah mengeluarkan satu produk yang penulis rasa telah mencapai satu standard yang tidak ada pada jenama lain. Pada pertengahan tahun 2017, ILLEGEAR mengeluarkan model RAVEN, laptop mekanikal keyboard mereka dan kini mereka telah mengeluarkan satu model yang baru dan penulis rasa ia adalah satu model yang boleh dikatakan sempurna bagi gaming laptop yang mudah-alih beserta komponen mekanikal keyboardnya.

Illegear Onyx adalah laptop Ultra slim dengan prosessor pilihan 8th gen i5 atau i7 (Coffee Lake), dan GPU pilihan GPU 1050TI atau 1060 (i7 sahaja).

Illegear Onyx telah dibina atas penambahan siri model Ultra slim mereka. Laptop Ultra slim ILLEGEAR pertama adalah S5X yang dibina dengan Triple-heatpipe, Dual-vent dan Triple-fan Cooling. Onyx pula mempunyai Quad-heatpipe, Quad-vent dan Heatsink, Dual-fan Cooling yang lebih sejuk dari abangnya S5X!

Mekanikal keyboard Onyx yang telah disempurnakan daripada model Raven mereka (Mechanical Keyboard v2 by GENESWITCH) membuatkan keyboard Onyx lebih padu dan tactile yang sedap bunyinya. Keyboard mereka ini juga mempunya pencahayaan RGB pada setiap keypad mereka.

Selain itu, Onyx juga telah dibina dengan visual baru yang dipanggil Infinivision yang dikatakan laptop pertama mempunyai bezel-less display.

Onyx boleh dibeli dengan harga permulaannya pada RM5,598 dengan spesifikasi yang biasa:

  • 15.6″ FHD Anti-glare IPS sRGB 100% Display featuring INFINIVISION Bezel-less Technology
  • Intel® HM370 Express Chipset
  • 8th Generation Intel® Core™ i5 / i7 Processor (Coffeelake)
  • Nvidia GeForce GTX 1050Ti 4GB GDDR5 / GTX 1060 6GB GDDR5 (Pascal)
  • Up to 32GB Dual Channel DDR4 RAM at 2400MHz/2666MHz
  • Mechanical Keyboard v2 by GENESWITCH featuring Per-key RGB and N-key Roll-over
  • Sound Blaster™ Cinema 5
  • Two 2 Watt Speakers
  • Windows 10 64-Bit Edition
  • Intel Dual Band Wireless-AC 9560 2×2 M.2 – WLAN & Bluetooth 5 Combo
  • HD Webcam and Built-in Microphone
  • Polymer 4000mAh Battery
  • Black-Anodized Aluminum Body with Front Programmable RGB LED Bar
  • Quad-heatpipe, Quad-vent & Heatsink, Dual-fan Cooling
  • 1x USB Type-C, 1x HDMI 2.0, 2x Mini Displayport
  • 2x M.2 PCIe SSD slots, 1x 2.5″ SATA slot
  • 15.6″ Display in 14″ Bezel-less Form Factor
  • 1.95kg with Battery and 2.5″ Storage Drive
  • 359(L) x 240(W) x 19.9(H) mm
  • Pre-order. Ships mid April 2018.

https://www.youtube.com/watch?v=YtwDN7fCKAM

Kalau korang berminat, boleh layari laman web rasmi Illegear”Where Performance Matters”

Written by Amirul ProtoBlade

Guest-writer di JomGaming.my ini sedang mengenali dunia journalism. Peminat dunia Dota 2. Beliau seorang player yang mengambil role carry(main) dan support(jika perlu). Steam ID: Protoblade

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Red Bull Extra Time – Uji Skil FIFA 18 Dan Daya Ketahanan Korang Dalam Pertandingan Selama 10 Jam!

Thunderobot Umumkan 911S Dan 911 Air – Laptop Gaming Dikuasakan 8th Gen Intel® Core™ Coffee Lake