in , , ,

Iklan TV UEFA Champions League Tampilkan Karakter Ikonik PlayStation – Kratos, Aloy, Nathan Drake

Sony Interactive Entertainment dan UEFA telah bekerjasama sejak sekian lama dalam mengadakan rentas promosi. Korang yang sering menonton perlawanan kejohanan bola sepak terbesar Eropah itu sudah tentu biasa melihat promosi PlayStation di papan iklan tepi padang.

Kini, mereka telah meningkatkan tahap promosi mereka dengan membikin sebuah iklan televisyen UEFA Champions League baharu yang menampilkan karakter-karakter ikonik PlayStation.

Seperti yang boleh disaksikan dalam video di bawah, kita dapat lihat Kratos dan Atreus (God of War) berjalan keluar dari terowong ke padang, Ratchet dan Clank mengusung pemain tercedera keluar dari padang, Aloy (Horizon Forbidden West) bertugas bersama pasukan taktikal dan Nathan Drake (Uncharted 4) pula memanjat bumbung stadium untuk mendapatkan pandangan terbaik menonton bola sepak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Sony berkata PlayStation dan UEFA Champions League telah memperbaharui perjanjian kerjasama untuk kitaran 2021-24, menyambung kerjasama sejak 1997.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Semua Game PC Riot Games Kini Boleh Dimainkan Di Epic Games Store

Pelancaran Penuh eFootball 2022 Ditangguh Ke 2022, Konami Pulangkan Semula Wang RM169 Untuk Pek Premium