in , , , ,

Iklan Terbaru Xbox One S Tentang Xbox Live – “Rangkaian Yang Tidak Akan Mengecewakan Anda”

Rangkaian yang tidak akan mengecewakan anda, kata Microsoft.

Microsoft telah mengeluarkan sebuah video terbaru, mempromosikan siri NFL di samping Xbox One S. Ia telah dibintangi oleh bekas pemain Seattle Seahawks, Marshawn Lynch.

Ia sebuah video yang lucu, serta memaparkan Lynch sedang bermain Madden NFL 17 di Xbox One S. Pada akhir video tersebut, ia menyebutkan sesuatu tentang Xbox Live, iaitu, “bermainlah di rangkaian gaming yang tidak akan mengecewakan anda”

Video tersebut tidak ketinggalan dalam meletakkan sumber, iaitu sebuah laporan daripada IHS Markit yang mengatakan Xbox Live adalah rangkaian gaming yang paling laju dan paling boleh dipercayai jika dibandingkan dengan PlayStation Network.

Benarkah Xbox Live adalah sebuah rangkaian gaming yang tidak akan mengecewakan para pemain? Kami tinggalkan persoalan itu untuk anda jawab.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Demo Resident Evil 7– Beginning Hour Tiba Di PC!

U Mobile Memperkenalkan Game-Onz, Pelan Data Tanpa Had Untuk Gaming