Pantang dapat angpao atau duit raya terus beli game kan?
Tahun baru 2018 semakin tiba dan sama juga dengan Monster Hunter: World.
Oleh sebab Monster Hunter: World bakal dilancarkan secara eksklusif untuk PS4 di Jepun, PlayStation Jepun sudah bermula untuk mempromosikan game ini dengan menampilkan pelakon Jepun, Takayuki Yamada memberikan wang ‘otoshidama’ kepada tiga kawan-kawannya sempena sambutan tahun baru.
Yamada berharap kawan-kawannya akan bermain Monster Hunter: World bersama-sama tetapi jangkaannya meleset kerana setiap daripada kawannya sudah pasang cita-cita masing-masing dengan pemberian otoshidama.
Reaksi Yamada rasa teranaiya dengan kawannya memang kelakar sangat. Korang boleh tonton di bawah (jangan lupa untuk pasang sari kata di CC!):
https://youtu.be/Cq0EVEgXV8E
Monster Hunter: World akan dilancarkan pada 26 Januari 2018 untuk PS4 dan Xbox One. Monster Hunter: World juga akan datang di PC tapi masih lagi tiada tarikh rasmi diumumkan.
JomBaca: Story Campaign Monster Hunter: World Akan Mengambil Masa Sebanyak 40-50 Jam
Comments
Loading…