in ,

IKEA Umum Kerjasama Dengan ASUS ROG Untuk Perabot Gaming Berpatutan

Jaga-jaga kepada jenama-jenama kerusi gaming yang mahal-mahal itu! Ada pesaing baharu yang bakal masuk ke gelanggang.

IKEA telah mengumumkan yang mereka sedang bekerjasama dengan Republic of Gamers (ROG), jenama gaming di bawah ASUS, untuk membangunkan perabot dan aksesori khas untuk gaming yang berpatutan.

Mereka belum menyenaraikan lebih lanjut tentang senarai produk yang akan diperkenalkan, namun menyatakan yang kira-kira 30 produk akan dilancarkan. Ia akan menemui pasaran China terlebih dahulu pada Februari 2021, dan dari Oktober 2021 ia akan dilancarkan ke pasaran-pasaran negara lain.

Melalui kerjasama ini, kata mereka, IKEA akan melancarkan siri produk ini yang direka khas untuk gamer untuk memberikan keselesaan pengalaman gaming ke tahap seterusnya.

Siri produk ini sedang dibangunkan di Pusat Pembangunan Produk IKEA di Shanghai, China. Pembangunan ini melibatkan pereka dan jurutera dari IKEA dan ROG serta gamer profesional dan pencinta gaming di Shanghai.

Korang boleh baca kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh IKEA di pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pemain PUBG Mobile Telah Membelanjakan Lebih RM14 Billion Sejak Pelancaran

Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

Bloomberg Menjangkakan PS5 Edisi Digital Akan Lebih Murah Daripada RM1,652