Tahun 2020 telah menyaksikan salah satu fenomena gaming di kala wabak pandemik sedang melanda dunia ialah kemunculan Animal Crossing: New Horizons yang dilancarkan untuk Nintendo Switch.

Mengambil kesempatan daripada populariti game yang comel ini, Ikea Taiwan telah mengeluarkan katalog edisi tahun 2021 yang bertemakan Animal Crossing.

Dikongsikan di laman Facebooknya, kita dapat melihat bagaimana mereka telah mencipta semula ruang-ruang terbaharu mereka dalam Animal Crossing. Semestinya, rekaannya tidaklah 100% sama dengan apa yang diperlihatkan dari dunia sebenar kerana kekangan ruang dan perabot yang ada dalam game tersebut, namun ia sememangnya satu percubaan yang perlu diberi pujian.
Korang boleh lihat di sini, yang mana mereka meletakkan secara bersebelahan gambar-gambar ruang sebenar dan ruang yang direka dalam Animal Crossing.

Menarik untuk saksikan, jenama apakah lagi yang akan cuba ‘menunggang’ populariti Animal Crossing dengan cross-over seumpama ini.
Terima kasih, The Verge.
Comments
Loading…