in , ,

IKEA Sediakan Kotak Model PS5 Untuk Bantu Pengunjung Rancang Pembelian Perabot

Antara topik paling hangat dibincangkan mengenai PlayStation 5 ialah betapa besar saiznya jika dibandingkan dengan mana-mana konsol yang pernah dilancarkan sebelum ini.

Kemungkinan besar, kebanyakan pemilik PS5 terpaksa menukar susunan konsol sebelum ini atau terpaksa membeli rak atau meja baharu untuk meletakkan PS5 dalam posisi yang paling sesuai.

Maka sebab itulah syarikat jenama perabot tersohor dunia, IKEA telah menyediakan kotak model konsol generasi terkini, iaitu PS5 dan Xbox Series X dengan dimensi saiz sama seperti konsol sebenar, di ruangan pertunjukan mereka bagi memudahkan para pengunjung merancang pembelian perabot baharu mereka.

Senang cerita, pengunjung yang hadir ke IKEA dengan harapan untuk membeli rak atau meja baharu untuk meletakkan PS5, mereka boleh menggunakan kotak-kotak ini untuk mencuba sama ada perabot yang ingin dibeli itu muat ataupun tidak untuk meletakkan PS5 yang cukup besar saiznya itu.

Malah, lebih menarik, kotak-kotak itu juga mempunyai warna yang sama dengan PS5 dan Xbox Series X — memudahkan lagi mereka mencari perabot dengan warna yang sepadan dengan konsol yang dimiliki.

Gambar ini dikongsikan oleh seorang pengunjung di Imugr, yang mana beliau tidak menyatakan di IKEA manakah kotak-kotak ini disediakan. Pembaca JomGaming yang mungkin ada terjumpa kotak yang sama di IKEA di Malaysia mungkin boleh kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Respawn Entertainment Nampaknya Sedang Bangunkan Game Daripada Francais Baru

Football Manager 2021 Diumumkan Untuk PC, Xbox, Switch, Mobile - Tiada Untuk PS4, PS5

Football Manager 2021 Menjadi Game Terpantas Dalam Siri Catat Jualan 1 Juta Unit