September lalu, IKEA telah mengumumkan yang mereka sedang bekerjasama dengan Republic of Gamers (ROG), jenama gaming di bawah ASUS, untuk membangunkan perabot dan aksesori khas untuk gaming dengan harga yang berpatutan.
Terkini, IKEA telah memperlihatkan beberapa gambar pertama untuk beberapa produk gaming yang bakal mereka lancarkan tidak lama lagi.
Korang boleh lihatnya di bawah, antaranya seperti kerusi, meja, lampu, bantal dan lain-lain:







Sebelum ini IKEA menyatakan yang terdapat kira-kira 30 produk gaming hasil kerjasama ini akan dilancarkan. Ia akan menemui pasaran China terlebih dulu pada bulan ini, dan bermula dari Oktober 2021 ia akan dilancarkan ke pasaran-pasaran negara lain.
Siri produk ini sedang dibangunkan di Pusat Pembangunan Produk IKEA di Shanghai, China. Pembangunan ini melibatkan pereka dan jurutera dari IKEA dan ROG serta gamer profesional dan pencinta gaming di Shanghai.
Comments
Loading…