in , ,

Iden Versio Dari Star Wars Battlefront II Mungkin Akan Ditampilkan Dalam Musim Kedua The Mandalorian

The Mandalorian mungkin adalah siri tv live-action pertama yang dihidupkan melalui universe Star Wars, namun ia sudah memberikan impak yang cukup besar kepada fandom ini.

Setelah menutup musim pertama tahun lalu dengan begitu cemerlang, para peminat sudah tidak sabar menantikan musim kedua sekitar hujung tahun ini nanti. Dan apa yang menarik ialah terdapat laporan yang mengatakan satu watak dari video game akan muncul dalam musim akan datang itu.

Iden Versio dari game Star Wars Battlefront II yang dilancarkan pada 2017 dikhabarkan akan dibawa masuk ke dalam musim kedua The Mandalorian. Laporan ini muncul dari satu tweet yang bertanyakan kepada Janina Gavankar, pelakon suara Iden Versio, sama ada apakah watak tersebut benar-benar akan dihidupkan dalam The Mandalorian berdasarkan senarai pelakon yang beliau lihat.

Apa yang menarik ialah Gavankar telah memetik tweet itu, walau bagaimanapun tidak menjawab ya ataupun tidak, sebaliknya menolak pertanyaan itu kepada dan memetik akaun Twitter penulis The Mandalorian itu sendiri, iaitu Dave Filoni.

Laporan ini semestinya sesuatu yang agak menarik memandangkan game Battlefront II itu sendiri adalah canon kepada jalan cerita keseluruhan dalam universe Star Wars.

Ini turut selari dan menguatkan lagi tentang khabar angin sebelum ini yang mengatakan video game terbaru yang bakal dilancarkan pada 2021 akan menjadi asas kepada saga filem baru Star Wars.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PUBG Memperkenalkan Map Baru Lebih Kecil, 64 Pemain, Gameplay 'Breaching' Macam Rainbow Six Siege

PUBG Memperkenalkan Map Baru Lebih Kecil, 64 Pemain, Gameplay ‘Breaching’ Macam Rainbow Six Siege

Tarikh Pelancaran Cyberpunk 2077 Telah Ditunda Ke September