in , , , ,

ID Pemain Rainbow Six Siege Kini Akan Diharamkan Dengan Serta-Merta Apabila Mengeluarkan Kata-Kata Berbaur Kebencian

Kerana mulut badan binasa.

Mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman atau berbaur kebencian kepada sesuatu golongan mungkin telah menjadi rutin harian bagi sesetengah pihak. Sehinggakan, percakapan mereka ini terbawa-bawa ke sesi bermain game online.

Kini, mana-mana pemain Rainbow Six Siege (R6S) yang mengeluarkan kata-kata toksik seumpama itu, ID mereka akan diharamkan (ban) dengan serta-merta.

Menurut laporan PCGamer, sejak beberapa hari lalu, ramai pemain R6S telah melaporkan yang ID mereka telah diharamkan secara automatik daripada game selepas mengeluarkan kata-kata yang bersifat perkauman dan homofobik. Malah, Ubisoft juga telah mengesahkan yang sistem pengharam baru ini telahpun diimplikasikan ke dalam game sekarang.

Pengharaman ID ini akan dilakukan dengan serta-merta apabila didapati pemain mengatakannya, dan denda tersebut akan berjalan selama 27 minit. Untuk perlakuan kali kedua dan ketiga, pengharaman ID ini akan berlaku selama 2 jam. Kemudian, selepas kesalahan kali ketiga, siasatan rasmi terhadap akaun tersebut akan dilakukan yang boleh membawa kepada pengharaman kekal (permanent ban).

Sistem pengharaman baru ini mendapat reaksi yang berbeza daripada para pemain. Ada yang menyambut baiknya kerana ia boleh menghindarkan perbuatan toksik dalam game ini. Adapun, ada juga yang mengkritik kerana ia seperti denda yang terlalu keras untuk para pemain.

Apa pula pendapat korang?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Segalanya Yang Korang Perlu Tahu Tentang Versi Demo FIFA 19 – Tarikh Keluar, Senarai Pasukan, Game Mode!

FV Cup X SEA Major 2018 Tarik Fighting Gamers Dan Mobile Shooters Ke Battle Arena!