Ada tuisyen.
Melantik tutor untuk mengajar anak-anak mereka tentang subjek-subjek pelajaran atau mungkin melantik jurulatih sukan pasti sudah biasa kita dengari. Namun, laporan terbaru ini mungkin akan sedikit mengejutkan korang.
Ibu bapa di seluruh dunia kini telah melantik dan membayar jurulatih untuk anak-anak mereka belajar serta meningkatkan kemahiran dalam Fortnite.
Satu artikel daripada The Wall Street Journal (via IGN) telah memperincikan pelbagai ibu bapa dari seluruh dunia telah melibatkan diri mereka dalam fenomena ini, serta telah menemubual mereka tentang pengalaman mereka dalam melantik tutor Fortnite.
Antara faktor yang menyebabkan ibu bapa ini mengambil khidmat jurulatih Fortnite tersebut ialah mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka kalah dalam perlawanan Fortnite, ada yang tidak mahu malu apabila mereka bermain game ini, serta ada juga yang menganggap sesi pembelajaran Fortnite ini sebagai pengalaman untuk mengeratkan lagi hubungan mereka dengan anak mereka.
Para jurulatih ini kebiasaannya boleh dijumpai melalui media sosial atau beberapa laman web yang menawarkan khidmat ini. Satu laman web ini mengatakan yang mereka telah membekalkan 1,400 jurulatih Fortnite sejak Mac lalu.
Ironinya, seorang jurulatih berumur 18 tahun yang ditemuramah, yang juga seorang pemain profesional dari Utah, Amerika Syarikat, berkata, “Ayah saya tidak akan bayar untuk saya belajar bermain video game.”
Fortnite kini sememangnya adalah fenomena global. Baru-baru ini, ada laporan menyatakan yang Fortnite telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD1 billion melalui pembelian barangan dalam game sahaja.
Fortnite kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, Xbox One, iOS dan Switch.
Comments
Loading…