in

Ianya Bukan Tentang Microtransactions, Ianya Tentang AI Yang Boleh Membaca Ketagihan Pemain

Pada minggu lepas, Kotaku telah mendedahkan tentang bagaimana seorang peminat mobile game telah membelanjakan sebanyak $150,000 pada game Transformers: Earth Wars.

Melihat pada jumlah wang tersebut, ianya memang gila untuk melihat seseorang yang begitu komited untuk membelanjakan wang sebanyak itu. Ini kerana sesetengah pemain hanya membelanjakan sebanyak $10 untuk satu-satu game.

Tapi apa yang pembangun game mahukan adalah mereka bukan menyasarkan kepada jumlah besar pemain yang membelanjakan sedikit wang, mereka menyasarkan kepada 10 peratus berbanding 90 peratus pemain yang sanggup membelanjakan wang yang banyak.

Bagi pembangun game kecil (indie), bisnes microtransactions diperlukan oleh mereka dalam game free-to-play demi menampung kos pembuatan game dan bagi mengekalkan kelangsungan game tersebut. Namun ia akan menjadi masalah jika ia dilaksanakan secara tidak adil dan tidak jujur.

Apa yang menariknya, pembangun-pembangun game ini mahu ‘memancing’ kumpulan kecil yang mana terdiri daripada pemain yang sangat setia dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk terus bermain. Industri game menggelarkan mereka itu sebagai “whales”.

Semasa di persidangan Game Connect Asia-Pacific yang diadakan di PAX Australia, pembangun-pembangun game berkumpul untuk membincangkan tentang industri dan cara terbaik untuk melaksanakan pembangunan video game dalam pasaran yang kian berubah.

Henry Fong, CEO kepada pembangun dan penerbit game mobile bercakap tentang bagaimana pembangun-pembangun game mobile menyatakan faktor dalam pengewangan pada tahap asas dalam reka bentuk berbanding memasukkannya selepas itu. Studio Yodo1 milik Fong  bertanggungjawab menghasilkan Transformers: Earth War, game yang berjaya menarik wang sebanyak $150,000 dari akaun bank pemain ini mempunyai prosesnya tersendiri tentang bagaimana mereka menggunakan sistem tertentu untuk memancing whales.

Dalam sesi temu bual bersama Kotaku Australia, Fong mendedahkan bahawa banyak sistem automated telah diimplementasikan ke dalam mobile game. AI khas telah ditugaskan untuk meningkatkan tahap pengewangan secara efisien dengan “mengenalpasti potensi whales (pemain) berdasarkan kepada gaya permainan dan tabiat perbelanjaan mereka. ”

Sesetengah AI boleh mengenalpasti potensi “whales” dengan ketepatan sebanyak 87%. Fong mengatakan sistem itu masih di peringkat awal dan mungkin boleh menawarkan pakej berdasarkan kepada jenis-jenis pemain yang ia kenalpasti. Peraturan perlu diimplementasikan supaya sistem itu tidak digunakan secara tidak adil.

Kita semua tahu tentang kontroversi loot boxes. Sistem “surprise mechanics” ini meletakkan beberapa aspek ke dalam otak pemain yang suka meningkatkan tahap dopamine untuk mendapatkan satu item dengan cepat. Ia sememangnya merupakan amalan yang menggalakkan pemain ke arah perjudian. Tapi kebolehan untuk mengenalpasti dan memancing pemain ke arah amalan perjudian itu amat menakutkan.

Apa yang membezakan loot boxes dan AI adalah loot boxes memang disasarkan kepada mereka yang sudah ketagih terhadap perjudian. Tapi bagi AI ini pula, ia boleh membaca dan menilai pemain untuk bagaimana ia mahu memberikan cara terbaik untuk pemain membelanjakan wang. Sistem AI ini dibangunkan oleh pembangun mobile game kecil, bayangkan bagaimana jika teknologi ini jatuh ke tanah studio-studio AAA?

Sumber: Critical Hit

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rockstar Games Sedang Buka Pengambilan Posisi Baru Untuk Bangunkan Game Open-World Baru

The Witcher Di Netflix Mula Ditayangkan 20 Disember, Saksikan Trailer Terbaru Penuh Aksi

Belum Mula Ditayangkan Lagi, Netflix Umumkan Sambungan Musim Kedua The Witcher