in , , ,

I Am Setsuna: Versi Bahasa Inggeris Bakal Datang Tapi Hanya Untuk PS4 Dan PC

Nampaknya Square Enix dan Tokyo RPG Factory sudah tak memberi banyak harapan dengan PS Vita apabila versi bahasa Inggeris tak muncul untuk PS Vita. Sobs.

Bakal release pada bulan di antara Jun-Ogos 2016 ini, game I Am Setsuna ataupun Ikenie to Yuki no Setsuna, akan menemui para gamers di platform Playstation 4 dan PC.

Di Jepun, game ini juga di release di PS Vita. Namun, untuk versi R1 dan R2, game ini tidak akan keluar untuk PS Vita. Game ini telah pun di release di PS4 dan PS Vita di Jepun pada bulan lepas.

I Am Setsuna adalah sebuah game yang mempunyai battle system yang diinspirasikan daripada game Chrono Trigger. Game yang menggunapakai klasik JRPG gameplay mempunyai world map exploration seperti Final Fantasy III (seperti naik kapal mengelilingi map), mempunyai art design yang cun gila, dan jalan cerita yang penuh beremosi.

Famitsu memberikan markah 32/40 dan rata-rata di Jepun memberikan komen yang positif mengenai I Am Setsuna.

Kalau anda nak dapat feel macam mana game ni sebenarnya, jom layan trailer game ini!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Cyber Dimension Online Diumumkan Sebagai Siri Neptunia Yang Baru

Xbox & Playstation Boleh Berentap Bersama Pada Masa Akan Datang?