in , , ,

HyperX Cloud Revolver: Gaming Headset Terbaru Dari Kingston!

Siri gaming headset HyperX Cloud sememangnya mendapat pujian dari pengkritik dan pengguna umumnya. Adakah HyperX Cloud Revolver akan meneruskan tradisi ini?

HyperX Cloud Revolver

Spesifikasi Teknikal

Pemacu Speaker

  • Frekuensi: 12Hz – 28,000Hz
  • Impedans: 30Ω
  • Diameter: 50mm
  • Material: Magnet Neodymium

Mikrofon

  • Kepekaan: -40dBV (0dB = 1V/Pa, 1kHz)
  • Uni-directional, Noise-canceling

Ukuran/Berat

  • Panjang kabel: 1.5m (Headset bersama Audio Control Box)
  • Berat keseluruhan: 376g

Keperluan Sistem

  • PC, Mac, PlayStation 4, Xbox One, Wii U & Mobile.

Apa kelainan yang dibawa kepada HyperX Cloud Revolver?

Review_DSC01645

Sejak diumumkan dari bulan April lalu, kitorang dah tertarik dengan rekaan HyperX Revolver ini. Dengan kemasan matte black dan padanan warna merah – Revolver kelihatan garang walaupun tampil moden minimalis. Kerangka atas headset ini dibina dengan besi aluminum dan earcup yang dibina dengan plastik dan dipadankan bersama memory foam yang selesa.

Sejurus dikeluarkan daripada kotak, dapat kita lihat bahawa HyperX Cloud Revolver kini menggunakan suspension system, berbeza dari siri-siri HyperX Cloud yang sebelumnya. Sistem ini akan memberi tekanan dari arah atas dan juga sisi apabila memakainya. Namun begitu, ia masih lagi selesa digunakan kerana earpad yang besar, lembut dan earcup lebih fleksibel. Fleksibiliti pada earcup ini juga membenarkan bunyi dari speaker diarahkan dengan lebih baik ke arah telinga pengguna.

Sedikit kekurangan pada rekaan suspension ini, bahagian besi boleh memberikan gangguan audio yang ketara jika tergesel. Jadi, gunakan dengan berhemah ye.

Bagaimana pula dengan kualiti audionya?

Review_DSC01652

Earcup bagi HyperX Cloud Revolver masih lagi dikategorikan sebagai rekaan closed-back tetapi mempunyai beberapa rongga. Ini membenarkan pengalaman bass dan sound stage yang lebih luas dari close-back biasa tetapi tidak memberikan sound leak yang ketara.

Sedikit kekurangan dengan rekaan earpad kali ini, ia tidak mempunyai option untuk menukar tekstur leatherette atau velor seperti HyperX Cloud dan HyperX Cloud II.

Review_DSC01631

Penulis mendapati bunyi vokal bagi HyperX Cloud Revolver adalah kurang jelas namun begitu ia mempunyai bunyi bass yang mantap. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, sound stage bagi headset ini sangat memuaskan kerana ia memberikan pengalaman bunyi yang lebih luas. Pujian yang sememangnya harus diberikan kepada sebuah headset yang berkategorikan rekaan closed-back.

Bagi mereka yang kurang faham bagaimana sound stage yang luas ini mempengaruhi gaming, ia memberikan pengalaman yang lebih immersive dengan membenarkan pengguna menentukan dari mana arah bunyi itu hadir. Sound stage yang lebih sempit pula akan memberikan pengalaman bunyi yang terhad dan hambar.

Review_DSC01670

Pada pendapat penulis, mikrofon pada HyperX Cloud Revolver memuaskan untuk sesi gaming. Sedikit kekurangan bagi mic plastik ini, ia akan kembali pada bentuk asal walaupun dibengkok untuk diposisikan lebih dekat kepada mulut pengguna.

Review_DSC01678

Audio controller bagi HyperX Cloud Revolver direka dengan ringkas dan mudah digunakan. Dial roda untuk mengawal kekuatan audio serta butang on/off bagi mengawal input bagi mic. Penulis turut berpuas hati dengan kualiti pada kabel headset ini kerana ia tidak mudah berpintal sepanjang proses review ini.

Rekaan ranggi dan garang!

Review_DSC01646

Rekaan luaran HyperX Cloud Revolver yang lebih garang kelihatan seperti turbin merah yang menyala, meninggalkan rekaan ringkas yang hadir pada siri HyperX sebelum ini. Pilihan rekaan begini mungkin kerana Kingston ingin bersaing dengan gaming headset berjenama lain seperti Razer ataupun SteelSeries.

HyperX Cloud Revolver ini sudah boleh didapati di pasaran dengan harga sekitar RM450.

Keputusan: Boleh Beli or Boleh Blah!?

BOLEH BLAH! – Mempunyai audio bagi vokal yang kurang memuaskan dan rekaan rangka besi yang terdedah boleh menggangu pendengaran. Pada harga yang agak tinggi, aksesori yang diberikan amatlah terhad.

BOLEH BELI! – Mempunyai bass yang mantap serta sound stage yang luas, sesuatu yang harus dipuji bagi rekaan headset closed-back. Suatu aspek yang boleh dikatakan pemenang jika dibandingkan dengan siri Cloud yang sebelumnya. HyperX Cloud Revolver juga selesa digunakan dalam jangka masa yang lama.

Audio bagi vokal sedikit hambar dan flat.
Rangka besi yang boleh mengganggu pengguna jika tergesel.
 Tiada aksesori lain seperti siri HyperX Cloud yang sebelumnya.
 Harga yang sedikit tinggi jika dibandingkan dengan HyperX Cloud I dan II.

+ Sound stage yang luas dan bass yang mantap.
+ Menggunakan sistem suspension yang baru.
+ Kingston mengekalkan binaan yang berkualiti.
+ Selesa walaupun digunakan dalam sesi gaming yang lama.
+ Rekabentuk moden, minimalis lagi garang.

*HyperX Cloud Revolver ini telah disumbangkan oleh pihak Kingston bagi tujuan review ini.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

“Pokémon GO Bahaya, Lalai Dan Haram” – Penceramah Bebas

Giliran TBS Pula Menganjurkan Pertandingan Overwatch!